Sunday, August 28, 2011

Balik kampung

Bismillah............

Balik kampung adalah perkara yang menggembirakan dalam hidup ni.. Harini sudah ke 29 hari di bulan ramadhan. Semalam kami bergerak dari kl ke bagan serai. Bersama muth dan 2 orang anak sedara yang cute..

Perjalanan hanya mengambil masa  4jam sahaja. Bermula jam 7 pg dan sampai jam 11 pg.Terasa sangat kesegeran berpuasa...di kg mak, aben, amer, kakyan, linda, abg yus, aya, chik, maksu, ann, insyirah, lokman, nuha dah bergembira dikg. menyambut ketibaan kami yang lewat sehari.
Berbuka beramai ramai sangat mengembirakan . Tersangat...syahdu...Rindu kalbu. Sebak.

Kami dapat rasakan kecintaan yang mendalaman terhadap keluarga ..especially mak dan anak anak sedara.
Sangat comel mereka.

Insyirah 3thn yang suka bersolat..Tahu bilangan waktu solat.. Selepas solat waktu akan di susuli solat sunat.. MasyaAllah!! mana dia belajar suma ni.. Untuk budak sekecil tu yang ingin bersolat sendiri tanpa disuruh. Siap dengan solat sunat lagi... Ya Allah... Maha Suci Allah ....Rasa takjub sangat...
Kata uminya dia ikut abi solat subuh di masjid setiap hari.
Masyaallah sedang kan orang dewasa pun liat untuk solat subuh di awal waktu inikan budak yang sekecil ini..

Semalam berbuka puasa bersama sama. Tpat jam 8 mlm kami bergegas bersiap solat maghrib mandi dan sebagai nya.
Sekali lagi kami merindu hidup dan suasana yang kami lama tinggal kan..Leka dengan kehidupan sendiri.  Adik adik ,kami lihat segera mencapai quran. Bacaan di alun. Rasanya deme suka khatam untuk ramadhan ni.  Syahdu.. mak dibilik kami kusyuk membaca quran.. Suma anak ank sedara sebok solat maghrib..kami merindui hidup yang penuh dengan irama quran yang dibaca sendiri. Kami ingi menjalani nya seumur hidup ....

Semua bersiap ke masjid untuk ber terawih..Hanya Linda stay kat umah bersama baby..
Pada malam itu , itulah kali pertama untuk syawal ini kami bersolat terawih 23. Di KL 8. Bukan susah sangat. Malas mungkin. Entahla...  Di kg perlumbaan dalam ibadah solat, mengaji dan berzikir sangat ketara..
Setiap kali bersolat terawih kami paling kebelakang untuk mengawasi anak anak ..Suma lulus terawih 8. Nabilah 10thn, Hanin 8thn, Insyirah 3 thn.....Yang best Nuha@Ann 6thn solat terawih penuh 23.. Alhamdulillah. Kata An, Bila besar nanti nak jadi ustazah macam umi..

Ya Allah Semoga kami menjadi hamba Mu yang lebih baik . Ameen